
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Kelantan
Kota Bharu, 13 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Peja...
Kota Bharu, 13 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun sebelum dibawa ke Bilik Tun Salleh bagi menyampaikan amanat kepada warga kerja dan elemen sokongan dalam JPJKK.
Dalam rangka lawatan kerjanya selama dua hari bermula 10 Mei lalu, Dato' Aidi turut merasmikan Majlis Taman Angkat Aman Wanita (AMANITA) bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah, Seri Aman, Pasir Puteh.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman, SAC Baharudin Mustafa dan KPP (Pengurusan Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran.