Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Johor

Published: 14 Oct 2021 9.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 14 Oktober 2021 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Ramli Hj. Din mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:38 MYT
Johor Bahru, 14 Oktober 2021 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Ramli Hj. Din mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Kunjungan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay bersama beberapa pegawai kanan PDRM yang telah sedia menunggu kehadirannya.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan mengadakan perjumpaan dan menyampaikan nasihat dan amanat kepada warga kerja JPJKK agar memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat dalam mencegah jenayah.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Sumber JPJKK, SAC Tuan Saiman Kasran dan Ketua JPJKK Johor, SAC Tuan Abdul Aziz Ali.

Sumber: Polis Johor

ArticlePublished 14 Oct 2021 9.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM