
Johor Bahru, 18 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa, JPJKK Bukit Aman, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar/Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran dan Ketua JPJKK Kontinjen Johor, SAC Chuah Yong Huat.