Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persidangan Aseanapol Ke 41 Kpn Terima Kunjungan Hormat Pjp Diraja Brunei

Diterbitkan: 17 Oct 2023 3.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Vientiane, 17 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat dari Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Hj. Mohammad Irwan Hj. Hambali di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-aseanapol-ke-41-kpn-terima-kunjungan-hormat-pjp-diraja-brunei
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:46 MYT
Vientiane, 17 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat dari Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Hj. Mohammad Irwan Hj. Hambali di sini.

Kunjungan hormat di antara kedua-dua pemimpin Pasukan keselamatan di kedua-dua negara berjiran itu bersempena Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) kali ke-41 yang berlangsung di Republik Demokratik Rakyat Laos, yang bermula hari ini.

Turut berlangsung tadi, perbincangan semeja di antara Tan Sri Razarudin dengan Dato Paduka Seri Hj. Mohammad Irwan berkaitan isu semasa melibatkan keselamatan negara Malaysia dan Brunei.

Hadir sama mengiringi KPN dalam kunjungan hormat tadi ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy dan Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Annas Sulaiman.

 
ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2023 3.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM