
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Ke Depoh Mrt Sungai Buloh
Sumber: Polis Daerah Sungai Buloh
Sungai Buloh, 25 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Depoh Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh, semalam.
Lawatan tersebut bertujuan membincangkan isu-isu keselamatan di samping memperkukuhkan jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan pihak MRT Sungai Buloh.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, DSP Mohd Jumazanzahir Chek Ismail.
Sumber: Polis Daerah Sungai Buloh