
Artikel
Kpn Hadir Perasmian Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan Dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023
Cyberjaya, 25 Oktober 2023 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Perasmian Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan...
Cyberjaya, 25 Oktober 2023 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Perasmian Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 yang diadakan di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), di sini hari ini.
Perasmian karnival anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Karnival yang menggunakan tanda pagar (hashtag) #BahasaJiwaBangsa #MalaysiaMembaca tersebut merupakan usaha DBP bagi memperkasa, memartabat dan seterusnya memasyarakatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam urusan seharian.
Selain itu, ia bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih cemerlang dan berdaya saing.
Pelbagai pengisian aktiviti menarik telah disediakan buat para pengunjung karnival yang bermula hari ini hingga 27 Oktober nanti. Antaranya, Bengkel Multimedia Kreatif, Malam Bahasa Jiwa Bangsa dan Pertandingan Simfoni Rohani.
Turut hadir dalam perasmian tadi ialah Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Seri Dr. Zulkapli Mohamed, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, SN Dato’ Dr. Mohd Anuar Hj. Rethwan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Hj. Pkharuddin Hj. Ghazali, Pengerusi Telekom Malaysia, Dato' Zainal Abidin Putih, Presiden MMU, Profesor Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud, Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari, para pegawai agensi kerajaan, mahasiswa dan mahasiswi universiti serta rakan media.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.









