
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Kunjungan Hormat Ke Ipk Melaka
Kunjungan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis negeri, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.
Melaka, 15 Oktober 2021 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Ramli Hj. Din mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, hari ini.
Kunjungan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis negeri, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.
Ia merupakan kunjungan pertama beliau ke IPK Melaka selepas secara rasmi memegang jawatan Pengarah JPJKK pada 16 Jun 2021.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Razali Abu Samah dan para pegawai kanan polis IPK Melaka.