
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Kunjungan Hormat Ke Ipk Kedah
Alor Setar, 10 Januari 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Ramli Hj. Din mengadakan kunjungan hormat ke Ibu P...
Alor Setar, 10 Januari 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Ramli Hj. Din mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Kunjungan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis negeri, CP Tuan Wan Hassan Wan Ahmad sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.
Usai kunjungan hormat tersebut, beliau berkesempatan menyampaikan amanat kepada Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah serta Ketua Polis Balai Kontinjen Kedah.
Turut berlangsung dalam kunjungan hormat tersebut ialah penyampaian sijil penghargaan kepada warga kerja Kontinjen Kedah atas kecemerlangan tugas yang dipamerkan sepanjang tahun 2021.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Perancangan/Strategik) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Dr. Mustafa Khan Hj. Abdul Samat dan Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari.