
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Kp Selangor
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK PDRM), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis...
Shah Alam, 19 Julai 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK PDRM), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis (Timbalan KP) Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Lawatan tersebut bersempena pemeriksaan balai mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 Kontinjen Selangor yang bermula hari ini sehingga 22 Julai depan.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Dasar Sumber, JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kaisan, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Selangor, SAC Abdul Ghani Ahmad dan Ketua JPJKK IPK Selangor, SAC Zaini Abd Hassan.
Sumber: Polis Selangor
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: