Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan 121 Laporan Polis Penipuan Pakej Furada Kerugian Lebih Rm5 Juta

Diterbitkan: 19 Jul 2022 12.33 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 121 laporan berkait penipuan pakej haji furada, membabitkan kerugian RM5.17 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-121-laporan-polis-penipuan-pakej-furada-kerugian-lebih-rm5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:02 MYT
Kuala Lumpur, 19 Julai 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 121 laporan berkait penipuan pakej haji furada, membabitkan kerugian RM5.17 juta.
Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, 48 laporan polis diterima Polis Kuala Lumpur setakat ini, membabitkan kerugian RM2.07 juta, diikuti 30 laporan polis di bawah Polis Selangor dengan kerugian RM956,300.
Beliau berkata, Polis Pahang (18 laporan, kerugian RM1.24 juta); Polis Kelantan (enam, RM280,000); Perak (enam, RM203,000) dan Johor (enam, RM125,000).
Selain itu, Polis Kedah menerima tiga laporan, membabitkan kerugian RM48,000; Polis Negeri Sembilan (dua, RM170,500); Polis Terengganu (satu, RM38,000) dan Pulau Pinang (satu, RM32,000). Tiada laporan polis diterima oleh Polis Perlis, Sabah dan Sarawak.
"Semua laporan polis ini dibuat terhadap tiga syarikat agensi pelancongan iaitu Al-Amin Umrahaj Management & Services Sdn Bhd, UC Travel Sdn Bhd dan Destinasi UC Resources.
"Jumlah laporan polis meningkat kepada 121 laporan minggu ini berbanding 72 laporan minggu lalu.
"Setakat ini, PDRM membuka 22 kertas siasatan membabitkan kes itu di seluruh negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../121-laporan-polis-penipuan...
Sumber: Berita Harian
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2022 12.33 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM