
Ipoh, 18 Mac 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Aidi Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, pagi tadi.
Kunjungan hormat tersebut merupakan kali pertama sejak beliau dilantik menjadi Pengarah JPJKK yang berkuat kuasa pada 23 Februari lalu.
Turut hadir, Timbalan Pengarah JPJKK, DCP Datuk Mazli Mazlan, Timbalan KP Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Mat Aris, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Dato’ Pahlawan Anuar Othman dan Ketua JPJKK Perak, SAC Hj. Noorzainy Hj. Mohd Noor.