Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jlog Tinjau Tapak Projek Penyelengaraan Kuarters Di Klang

Published: 08 Jun 2023 7.37 AM Updated: 25 Sep 2026 2.49 PM
Sumber: Polis Selangor
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jlog-tinjau-tapak-projek-penyelengaraan-kuarters-di-klang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:15 MYT
Posting Pilihan Pengarah Jlog Tinjau Tapak Projek Penyelengaraan Kuarters Di Klang
Home / Article / Posting Pilihan Pengarah Jlog Tinjau Tapak Projek Penyelengaraan Kuarters Di Klang
Back to Library
Article

Posting Pilihan Pengarah Jlog Tinjau Tapak Projek Penyelengaraan Kuarters Di Klang

Sumber: Polis Selangor
Klang, 8 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan melakukan tinjauan ke Tapak Projek Penyelenggaraan Kuarters di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di Balai Polis Bandar Sultan Sulaiman, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, semalam.

Tinjauan tersebut bertujuan membincangkan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan proses penyelenggaraan projek tersebut berjalan dengan lancar.

Sejurus selesai, beliau yang diiringi Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan turut dibawa melawat rumah contoh yang akan diselenggara dalam projek tersebut.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset), JLog Bukit Aman, SAC Low Kim Piew, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie, Pegawai Turus Penyelenggaraan, Cawangan Pengurusan Fasiliti JLog Bukit Aman, DSP Mohd Hazreeq Yunus dan pemangku Ketua JLog, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, DSP Hafiz Md Yusof.

Sumber: Polis Selangor

ArticlePublished 08 Jun 2023 7.37 AMUpdated 25 Sep 2026 2.49 PM