Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jlog Rasmikan Balai Polis Beladin

Diterbitkan: 09 Jan 2026 6.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Betong, 9 Januari 2026 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Gilberd Philip Layang hadir merasmikan Balai Polis Beladin yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Betong, Sarawak, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jlog-rasmikan-balai-polis-beladin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:19 MYT
Betong, 9 Januari 2026 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Gilberd Philip Layang hadir merasmikan Balai Polis Beladin yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Betong, Sarawak, semalam.

Ketibaan beliau di pekarangan balai disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah bersama Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek.

Majlis disempurnakan dengan sesi menandatangani plak perasmian, simbolik penanaman pokok, serta pemotongan reben di kawasan balai tersebut.

Turut hadir, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani, barisan ketua-ketua jabatan dan formasi Kontinjen Sarawak, ketua-ketua polis daerah serta ahli-ahli Persatuan Keluarga Kontinjen Sarawak.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Betong

May be an image of one or more people

May be an image of text that says 'ฮ Galaxy S25 08January202612:41 08 January 2026 12:41'

May be an image of helicopter and text

May be an image of helicopter and ambulance

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 09 Jan 2026 6.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM