
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Rasmi Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Dan Tenpin Boling Piala Kpn Tahun 2023
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah...
Cheras, 18 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak dan Tenpin Boling Piala KPN tahun 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Dalam majlis penutup, Dato' Seri Sahabudin turut menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di mana Kontinjen Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara menewaskan Kontinjen Negeri Sembilan.
Hadir sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan PDRM, DCP Gilberd Philip Layang, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Hj. Habibi Hj. Majinji, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM Kontinjen Kedah merangkap Pengelola Bola Sepak PDRM dan para pegawai kanan PDRM.