
Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Ipk Pulau Pinang
Georgetown, 15 Februari 2024 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Datuk Mohamed Usuf bersama Ketua Polis Daerah (KPD) SEBERANG PERAI TENGAH, ACP Helmi Aris dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat dan mendengar taklimat fasiliti yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah.
Dalam rangka lawatan selama dua hari itu, beliau turut mengadakan lawatan ke IPD Seberang Perai Utara bagi meninjau prasarana di sana.
Beliau turut turun padang meninjau tapak projek pembinaan kompleks IPK Pulau Pinang baharu yang terletak di Jalan Sungai Dua bagi memastikan projek penyelenggaraan tersebut berjalan lancar.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/ Kepolisan Am) JLog, Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Pulau Pinang, ACP Muhamad Halim Yatim, KPD Seberang Perai Utara, ACP Mohd Asri Shafie dan Ketua JLog Kontinjen Pulau Pinang, Superintendan Abdul Malik Mehat.
Sumber: PDRM Pulau Pinang