Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Ipk Perlis

Published: 01 Mar 2024 1.10 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kangar, 1 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jlog-adakan-lawatan-kerja-rasmi-ke-ipk-perlis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:25 MYT
Kangar, 1 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.
Lawatan kerja tersebut adalah bersempena Mesyuarat Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) bersama Ketua Penolong Pengarah serta Ketua JLog Kontinjen Bilangan 1/2024.

Terdahulu, beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim dekat Bilik Orchidacea Aula, IPK Perlis.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) JLog Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) JLog Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli, Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin dan Ketua Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi) JLog Bukit Aman, SAC Muhammad Hanif Othman.

Sumber: Polis Perlis

ArticlePublished 01 Mar 2024 1.10 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM