
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kebajikan Ke Atas Pesara Pdrm Sabah
Sumber: Polis Sabah
Kota Kinabalu, 28 Ogos 2023 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas bekas Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia, Pangkalan Sabah, pesara ACP Kamaruddin Hj. Ismail di Hospital Queen Elizabeth II, di sini, petang tadi.
Hadir sama, Pegawai Turus Pengangkutan, JLog Sabah, DSP Maria Bakar, Pegawai Turus Teknologi Sumber Maklumat, JLog Sabah, DSP Leo Sojie dan Ketua Bahagian Kepolisan Am, PGU Sabah, ASP Aznitah Seliat.