
Artikel
POSTING PILIHAN: PENGARAH JIPS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI BKOPP
Kuala Lumpur, 7 Julai 2026 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Aida Abdul Hamid telah menerima kunjungan hormat daripada deleg...
Kuala Lumpur, 7 Julai 2026 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Aida Abdul Hamid telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan (BKOPP) yang diketuai oleh Pengarah Kanan BKOPP, Dato' Hj. Abdullah Jaafar di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, semalam.
Kunjungan tersebut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara PDRM dan BKOPP, di samping mengadakan sesi pertukaran pandangan mengenai amalan terbaik dalam aspek integriti, tadbir urus, pematuhan standard serta penguatkuasaan.
Usaha sama seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berintegriti, profesional dan berkesan.