
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jips Sampaikan Amanat Dan Taklimat Pelaksanaan Pa Pdrm Tahun 2020 2024
Shah Alam, 19 Mac 2021 - Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Bukit Aman, CP Dato' Zamri Yahya telah berbesar hati menyampaikan amanat semasa meng...
Shah Alam, 19 Mac 2021 - Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Bukit Aman, CP Dato' Zamri Yahya telah berbesar hati menyampaikan amanat semasa menghadiri Taklimat Pelaksanaan Pelan Antirasuah (PA) PDRM 2020-2024 dan Taklimat Pelaksanaan LDP Pemantapan Integriti Dan Penyeliaan Berkesan yang diadakan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Menyambut ketibaan Dato' Zamri ialah Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed bersama Ketua-ketua Jabatan IPK Selangor.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS Bukit Aman, DCP Tuan Wan Hassan Wan Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) JIPS Bukit Aman, SAC Tuan Shamsudin Basir serta barisan Pegawai Kanan Polis.
Sumber: Polis Selangor