
Article
Posting Pilihan Pengarah Jips Saksi Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak
Kuching, 11 Februari 2022 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Azri Ahmad menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Pol...
Kuching, 11 Februari 2022 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Azri Ahmad menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak di antara CP Dato’ Aidi Ismail dengan DCP Dato’ Mancha Ata sebagai pemangku jawatan itu di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini.
Dato’ Aidi akan memulakan tugas baharunya sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti baharu berkuat kuasa pada 21 Februari depan.
Turut berlangsung dalam majlis sama ialah Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak di antara Datin Raja Asaudat Raja Muda dengan Datin Jennita William yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP JIPS, Datin Norliah Othman.