
Article
Posting Pilihan Pengarah Jips Rasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Plak Bilangan 44 Siri 9 2021 Pulapol Langkawi
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad, semalam merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepo...
Langkawi, 3 Jun 2022 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad, semalam merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bilangan 44 Siri 9/2021, bertempat di Dataran Kawad Pusat latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, di sini.
Seramai 596 pelatih Konstabel berjaya menamatkan program mereka selama 6 bulan yang meliputi latihan jasmani, akademik, kerohanian dan sebagainya.
Dalam majlis tersebut, Dato' Sri Azri turut berbesar hati menyampaikan Sijil Anugerah Terbaik Keseluruhan, Terbaik Akademik dan Terbaik Latihan Luar kepada 3 orang pelatih yang terpilih. Mereka ialah Konstabel Muhammad Syamim Yahaya yang dianugerahkan Pelatih Terbaik Keseluruhan, Konstabel Muhamad Danish Mustaqim Hashim (Akademik) dan Konstabel Muhammad Mustakim Md Rahim (Latihan Luar).
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Komandan PULAPOL Langkawi, ACP Mohd Junaidi Mat Akhir, Ketua JIPS Kontinjen Kedah, ACP Ramia Kanapathi dan Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari.
Sumber: PULAPOL Langkawi