Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jips Rasmi Penutup Kejohanan Sepak Takraw Dan Ping Pong Piala Kpn Tahun 2023

Diterbitkan: 05 Mar 2023 8.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 5 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad semalam hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Sepak Takraw dan Ping Pong Piala KPN di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jips-rasmi-penutup-kejohanan-sepak-takraw-dan-ping-pong-piala-kpn-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:34 MYT
Alor Setar, 5 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad semalam hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Sepak Takraw dan Ping Pong Piala KPN di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula dari 1 Mac lalu itu melibatkan penyertaan daripada seluruh Kontinjen Polis Diraja Malaysia.

Kontinjen Kuala Lumpur muncul juara berpasukan bagi acara sepak takraw manakala Ping Pong pula telah dimenangi oleh Kontinjen Bukit Aman.

Terdahulu, Dato' Sri Azri menyaksikan perlawanan akhir kategori regu terbuka sepak takraw di antara Kontinjen Kuala Lumpur dan Kontinjen Selangor dengan menyaksikan Kontinjen Kuala Lumpur muncul juara.

Hadir sama, Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama timbalannya DCP Dato' Mohd Roze Shaari.

Sumber: Polis Kedah

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 5 people and indoor

No photo description available.

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and headscarf

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 9 people

ArtikelDiterbitkan 05 Mar 2023 8.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM