
Article
Posting Pilihan Pengarah Jips Rasmi Penutup Kejohanan Sepak Takraw Dan Ping Pong Piala Kpn Tahun 2023
Alor Setar, 5 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad semalam hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG...
Alor Setar, 5 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad semalam hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Sepak Takraw dan Ping Pong Piala KPN di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini.
Kontinjen Kuala Lumpur muncul juara berpasukan bagi acara sepak takraw manakala Ping Pong pula telah dimenangi oleh Kontinjen Bukit Aman.
Terdahulu, Dato' Sri Azri menyaksikan perlawanan akhir kategori regu terbuka sepak takraw di antara Kontinjen Kuala Lumpur dan Kontinjen Selangor dengan menyaksikan Kontinjen Kuala Lumpur muncul juara.
Hadir sama, Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama timbalannya DCP Dato' Mohd Roze Shaari.
Sumber: Polis Kedah