Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jips Hadir Rasmi Program Khatan Perdana Pdrm Tahun 2024

Published: 15 Sep 2024 2.37 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 15 September 2024 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad hadir merasmikan Program Khatan Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024 anjuran Masjid Bukit Aman di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jips-hadir-rasmi-program-khatan-perdana-pdrm-tahun-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:16 MYT
Kuala Lumpur, 15 September 2024 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad hadir merasmikan Program Khatan Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024 anjuran Masjid Bukit Aman di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur di sini, pagi tadi.

Program anjuran Masjid Bukit Aman dengan kerjasama daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Universiti Kebangsaan Malaysia disertai 40 anak-anak warga PDRM sekitar lembah klang.

Sebagai simbolik program, Dato' Sri Azri juga berkesempatan memakaikan tanjak semangat pahlawan kepada para peserta berkhatan dalam acara perasmian tadi.

Selain diraikan dalam majlis di Dewan Serbaguna masjid, kanak-kanak yang terlibat turut disajikan dengan paluan kompang, persembahan seni silat, tayangan video, persembahan silap mata dan lain-lain.

Turut diadakan buat para ibu bapa ialah pemeriksaan kesihatan percuma daripada Megaklinik Zahran.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim serta Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman, SAC Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria.

Sumber: Masjid Bukit Aman
ArticlePublished 15 Sep 2024 2.37 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM