
Article
Posting Pilihan Pengarah Jips Hadir Mesyuarat Status Aduan Ipcc
Kuala Lumpur, 1 Julai 2026 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Aida Abdul Hamid menghadiri Mesyuarat Status Aduan Suruhanjaya...
Kuala Lumpur, 1 Julai 2026 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Aida Abdul Hamid menghadiri Mesyuarat Status Aduan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) Bilangan 2 Tahun 2026 di Hotel Royale Chulan, di sini, semalam.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi IPCC, Datuk Zolkopli Dahalan itu sebagai platform memperkukuh kerjasama strategik antara IPCC dan JIPS dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan aduan berkaitan tatakelakuan polis, di samping memperkasakan penyelarasan tindakan susulan antara kedua-dua agensi.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Integriti), JIPS Bukit Aman, DCP Thaipul Bahri Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Aduan JIPS Bukit Aman, SAC Azlan Abu dan para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis






