
Article
Posting Pilihan Pengarah Jips Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Kedah
Lawatan tersebut adalah bersempena dengan Bengkel Separuh Penggal Pelan Antirasuah (PAPDRM) 2022-2024 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bermul...
Alor Setar, 24 Februari 2022 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Azri Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Kedah, CP Tuan Wan Hassan Wan Ahmad, di pejabatnya, pagi tadi.
Lawatan tersebut adalah bersempena dengan Bengkel Separuh Penggal Pelan Antirasuah (PAPDRM) 2022-2024 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bermula 21 hingga 25 Februari 2022.
Hadir sama, Timbalan KP Kedah, DCP Dato' Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Tuan Sulaiman Yahaya dan Ketua JIPS kontinjen Kedah, ACP Tuan Ramia Kanapathi.