Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Pengerusikan Sesi Dialog Bersama Komandan Komandan Institusi Latihan Pdrm

Diterbitkan: 24 Feb 2022 9.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 24 Februari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mempengerusikan Sesi Dialog Bersama Komandan-Komandan Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-pengerusikan-sesi-dialog-bersama-komandan-komandan-institusi-latihan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kuala Lumpur, 24 Februari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mempengerusikan Sesi Dialog Bersama Komandan-Komandan Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.

Sesi dialog tersebut bertujuan untuk berkongsi pandangan bersama barisan kepimpinan Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan yang menjadi ‘tulang belakang’ dan kemudi gerak kerja melibatkan dasar, latihan dan pembangunan modal insan bagi seluruh Pasukan dalam menambah baik mutu perkhidmatan dan prestasi institusi latihan PDRM.

Dalam amanatnya, Tan Sri Acryl Sani menyeru agar barisan kepimpinan institusi latihan untuk menerapkan kembali konsep “basic to basic” kepada semua warga kerja di bawah pimpinan masing-masing, serta menegaskan supaya sentiasa latih diri untuk melakukan perkara yang betul bagi memastikan pusat latihan kekal dihormati dan disanjungi oleh segenap lapisan warga Pasukan tanpa mengira pangkat mahupun kedudukan.

“Kita perlu berpadu usaha untuk sama-sama memperbetulkan segala kelompongan dan kelemahan yang wujud, demi mengembalikan kegemilangan pusat latihan yang telah berjaya mentranformasikan ratusan ribu “civilian” kepada pegawai polis untuk berkhidmat kepada masyarakat,’ tegas beliau.

Beliau turut mengingatkan barisan kepimpinan, tenaga pengajar dan jurulatih agar tidak terlibat dengan isu integriti dan menjadi suri teladan
terbaik
 
kepada pegawai dan anggota bawahan melalui kaedah ‘Leading By Example”.
Turut hadir Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'DIBAJA AnLISiNO IBU PEJABAT POLIS DIRA S MALAYSIA BU MALAYSIA'

May be an image of 4 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 8 people, indoor and office

May be an image of 6 people, people standing, office and indoor

May be an image of 4 people, indoor and text

May be an image of 8 people, people sitting, people standing, indoor and office

May be an image of 11 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people sitting, people standing, indoor and text
\
May be an image of 1 person, standing, indoor and text
ArtikelDiterbitkan 24 Feb 2022 9.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM