
Article
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Tinjau Latihan Sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Rakyat China Ke Malaysia
Sepang, 13 April 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir meninjau latihan kesiapsiag...
Sepang, 13 April 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir meninjau latihan kesiapsiagaan lalu lintas dan keselamatan sempena lawatan rasmi Presiden Republik Rakyat China, H.E. Xi Jinping ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Latihan yang diadakan bertujuan memastikan kelancaran dan perancangan serta memperkemas atur cara rasmi yang bakal berlangsung, selain memastikan tiada sebarang isu keselamatan timbul sepanjang tempoh lawatan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am, Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA, Pasukan Gerakan Khas Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi, Komander Unit Tindakhas, SAC Hisham Mahmood dan Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Azman Shari'at.
\