Artikel
Video Pilihan Anggota Bspt Ipd Sungai Buloh Bantu Tolak Kenderaan Rosak
Bagi memastikan lalu lintas sentiasa lancar dan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, Koperal Mohammad Fauzi Juhai, Koperal Amiruddin Hussin dan Lans Koper...
Bagi memastikan lalu lintas sentiasa lancar dan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, Koperal Mohammad Fauzi Juhai, Koperal Amiruddin Hussin dan Lans Koperal Vianley Viktor dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pantas membantu menolak kenderaan seorang lelaki yang mengalami kerosakan di Jalan Sungai Buloh menghala ke Kepong baru-baru ini.
Mereka yang dalam penugasan rondaan trafik di kawasan terbabit telah terserempak dengan pemilik kenderaan tersebut.
Tindakan mereka telah berjaya melancarkan semula aliran trafik yang sedikit terganggu. Di mana jua anda berada, keselamatan anda keutamaan kami.