Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Terima Kunjungan Hormat Delegasi Fam

Published: 13 Jul 2024 12.26 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 13 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi FAM yang diketuai oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj. Rahman, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-terima-kunjungan-hormat-delegasi-fam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:27 MYT
Kuala Lumpur, 13 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi FAM yang diketuai oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj. Rahman, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, semalam.

Tujuan kunjungan hormat tersebut bagi membincangkan isu-isu dan langkah-langkah berkaitan keselamatan penganjuran bola sepak di Malaysia serta peranan pelbagai pihak berhubung perkara tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan dan Ketua Penolong Pengarah Urusetia Jabatan KDNKA Bukit Aman, ACP Mohd Ashari Hj. Baidawi.

ArticlePublished 13 Jul 2024 12.26 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM