
Artikel
Artikel Pilihan Undang Undang Terperinci Diperlukan Bendung Buli Siber Kpn
Kuala Lumpur, 13 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
Kuala Lumpur, 13 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada masa ini PDRM bergantung kepada undang-undang sedia ada untuk menangani kes buli siber.
"Dalam konteks mengeluarkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman dan ayat-ayat jelik pula, ianya akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Tan Sri Razarudin berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, bagi membincangkan keperluan undang-undang khusus mengenai buli siber.
Sumber: Sinar Harian