
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Terima Kunjungan Hormat Delegasi Fam
Kuala Lumpur, 13 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din merangkap Pengerusi J...
Kuala Lumpur, 13 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi FAM yang diketuai oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj. Rahman, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan dan Ketua Penolong Pengarah Urusetia Jabatan KDNKA Bukit Aman, ACP Mohd Ashari Hj. Baidawi.