
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Pemakaian Lencana Kehormat Jabatan Kdnka Kepada Kp Kelantan
Gua Musang, 3 Februari 2022 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali telah menyempurnakan pemakaian l...
Gua Musang, 3 Februari 2022 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali telah menyempurnakan pemakaian lencana kehormat Jabatan KDNKA kepada Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato’ Shafien Mamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di sini, semalam.
Dato’ Shafien telah dianugerahkan lencana sayap penerjunan kehormat 69 Komando dan lencana "horseman" kehormat Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).
Turut menerima lencana lencana "horseman" kehormat PSP daripada Dato' Hazani semalam ialah Timbalan KP Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am), Bukit Aman, DCP Dato’ Kasuahdi Ali, Komander 69 Komando, SAC Tuan Abdul Razak Mohd. Yusoff dan Komander PSP, SAC Tuan Mohd Said Ibrahim.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan