Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Taktik Jual Nama Kpn Perdaya Pihak Berkuasa Timbalan Kpn

Diterbitkan: 03 Feb 2022 3.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Februari 2022 - Tindakan sindiket perjudian yang 'menjual nama' Ketua Polis Negara atau pucuk pimpinan Bukit Aman, berjaya memperdaya pihak berkuasa dan melepaskan mereka daripada sebarang tindakan pihak berkuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-taktik-jual-nama-kpn-perdaya-pihak-berkuasa-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:23 MYT
Kuala Lumpur, 3 Februari 2022 - Tindakan sindiket perjudian yang 'menjual nama' Ketua Polis Negara atau pucuk pimpinan Bukit Aman, berjaya memperdaya pihak berkuasa dan melepaskan mereka daripada sebarang tindakan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata beberapa sindiket perjudian popular dikesan menggunakan taktik itu bagi kelangsungan operasi kedai mesin judi.

Menyifatkannya sebagai taktik kotor, beliau berkata, sindiket perjudian terkenal seperti kumpulan 'WeChat', VIP atau Payung dikesan menggunakan taktik itu, memberi alasan diberi kebenaran oleh pimpinan tertinggi PDRM kepada pihak berwajib, ketika pemeriksaan, serbuan atau rondaan.

"Kalau sindiket ini tak sebarkan khabar angin yang Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sudah beri kebenaran atau ‘lampu hijau’, mereka tak boleh ‘berniaga’ kerana Ketua Balai Polis tidak akan percaya, orang lain tak percaya, jadi mereka (sindiket) tidak boleh buka kedai.

"Kita akan tangkap sesiapa sahaja yang menyampaikan khabar angin atau ‘jual nama’ pimpinan tertinggi PDRM dan berkas semua rangkaian sindiket mereka," katanya kepada Berita Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Sindiket judi atas talian Taktik 'jual nama' KPN perdaya pihak berkuasa oleh pimpinan tertinggi k
ArtikelDiterbitkan 03 Feb 2022 3.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM