Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Majlis Penutupan Kursus Asas Penyelam Tempur Utk

Diterbitkan: 21 Jul 2024 10.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 21 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Asas Penyelam Tempur Unit Tindakhas (UTK) di Pulau Bidong dekat sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-sempurnakan-majlis-penutupan-kursus-asas-penyelam-tempur-utk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:22 MYT
Kuala Terengganu, 21 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Asas Penyelam Tempur Unit Tindakhas (UTK) di Pulau Bidong dekat sini, kelmarin.

Seramai 16 peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut dan telah ditauliahkan Lencana Kemahiran Selam Tempur.
Turut menerima Lencana Kemahiran Kehormat UTK adalah Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penganugerahan Beret Kehormat UTK kepada Dato' Sri Kamarudin yang disampaikan oleh Komander UTK, SAC Ahmad Jefferi Abdullah.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Khas) Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi serta Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Zaidy Che Hassan.

ArtikelDiterbitkan 21 Jul 2024 10.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM