
Artikel
Kpn Hadir Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024
Sepang, 21 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang bagi tahun 2...
Sepang, 21 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang bagi tahun 2024 di Cyber Event Hall, Cyberjaya, di sini, petang tadi.
Ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 2.30 petang telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam.
Majlis pelancaran yang memasuki edisi ke-12 sejak tahun 2013 tersebut bertujuan menyuburkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia menuju sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2024.
Dalam majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, hadirin turut dipersembahkan dengan montaj khas sebagai gimik perasmian.
Dalam majlis sama, Polis Diraja Malaysia melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang turut tidak ketinggalan menyediakan kaunter pengurangan kadar kompaun saman sehingga 50%.
Sebelum mengakhiri majlis, Tan Sri Razaruddin mengiringi Dato' Sri Anwar bersama tetamu kehormat telah menyempurnakan pelepasan dan pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang melibatkan 65 buah kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan.
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, barisan menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, barisan ketua agensi kerajaan dan Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof serta rakan media.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery




