Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Istiadat Penganugerahan P J P N Kontinjen Terengganu

Published: 05 Jul 2023 1.47 PM Updated: 15 Aug 2026 8.21 PM
Marang, 5 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali hadir menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) bertempat di Dewan Kompleks Sukan, Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 6 (PSP), Wakaf Tapai, Terengganu di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-sempurnakan-istiadat-penganugerahan-p-j-p-n-kontinjen-terengganu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
Marang, 5 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali hadir menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) bertempat di Dewan Kompleks Sukan, Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 6 (PSP), Wakaf Tapai, Terengganu di sini, pagi tadi.
Seramai 95 penerima daripada 156 orang hadir menerima pingat tersebut. Kesemua penerima terdiri daripada pegawai kanan polis yang masih berkhidmat dalam Pasukan, pesara polis dan waris pesara.
P.J.P.N. dianugerahkan sebagai tanda menghargai jasa kepahlawanan dan pengorbanan para petugas Polis Diraja Malaysia yang telah menabur bakti kepada negara semasa era darurat Persekutuan Tanah Melayu, bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 17 Oktober 1960 dan Era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 sehingga 2 Disember 1989 di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 sehingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat.
Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan dan timbalannya, SAC Dato' Wan Rukman Wan Hassan, Komander PSP, SAC Said Ibrahim, barisan ketua jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ketua-ketua polis daerah dan warga kerja kontinjen Terengganu.

ArticlePublished 05 Jul 2023 1.47 PMUpdated 15 Aug 2026 8.21 PM