
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor
Sumber: Polis Selangor
Shah Alam, 30 Disember 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali hari ini menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Polis Selangor di antara CP Dato' Arjunaidi Mohamed dengan timbalannya, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam yang akan memangku jawatan tersebut dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan D' Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini.
Dato’ Arjunaidi yang telah hampir 35 tahun menabur khidmat bakti dalam Pasukan, akan mula menjalani persaraan wajib pada 2 Januari depan.
Turut berlangsung, penyerahan tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Selangor di antara penyandangnya, Datin Baidzura Su @ Busu dengan DCP Dato' Sasikala Devi sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin' Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan ketua jabatan dan ketua polis daerah serta ahli PERKEP Kontinjen Selangor.