Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor

Diterbitkan: 30 Dec 2022 1.55 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Selangor
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-saksi-serah-terima-tugas-ketua-polis-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:53 MYT
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor

Sumber: Polis Selangor
Shah Alam, 30 Disember 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali hari ini menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Polis Selangor di antara CP Dato' Arjunaidi Mohamed dengan timbalannya, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam yang akan memangku jawatan tersebut dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan D' Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini.

Dato’ Arjunaidi yang telah hampir 35 tahun menabur khidmat bakti dalam Pasukan, akan mula menjalani persaraan wajib pada 2 Januari depan.

Turut berlangsung, penyerahan tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Selangor di antara penyandangnya, Datin Baidzura Su @ Busu dengan DCP Dato' Sasikala Devi sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin' Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan ketua jabatan dan ketua polis daerah serta ahli PERKEP Kontinjen Selangor.

ArtikelDiterbitkan 30 Dec 2022 1.55 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM