
Article
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Rasmi Perbarisan Tamat Latihan Plak Konstabel Lelaki Dan Wanita Di Pulapol Air Hitam
Sumber: Pusat Latihan Polis Air Hitam
Jempol, 11 Jun 2022 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hari ini merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) bagi Konstabel Lelaki dan Wanita Siri 10/2021 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, di sini.
Seramai 695 pelatih berjaya menamatkan program tersebut walaupun berdepan dengan kekangan latihan akibat pandemik COVID-19. Dato' Sri Hazani turut menyampaikan Sijil Anugerah Terbaik Latihan kepada empat pelatih iaitu, Terbaik Latihan kepada Konstabel Mohamad Syazwan Amran, Terbaik Akademik kepada Konstabel Syamimi Ezzatiiey Muhamad Zamzuki dan masing-masing Terbaik Latihan Luar (Lelaki), Konstabel Mohamad Rozaidi Md. Yuro serta Terbaik Latihan Luar (Wanita), Konstabel Noramirah Muhammad Puad. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ruslan Khalid dan Komandan PULAPOL Air Hitam, ACP Saufi Anuar Abdullah.
Sumber: Pusat Latihan Polis Air Hitam