
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Lawat Martak Op Nyah 1
Kuala Langat, 13 April 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali melawat Markas Taktikal (MAR...
Kuala Langat, 13 April 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali melawat Markas Taktikal (MARTAK) Op Nyah 1, Pantai Baru Morib, Selangor, kelmarin.
Turut diadakan majlis doa selamat dan tahlil diikuti majlis berbuka puasa seterusnya solat terawih di Surau Al-Khausar MARTAK Morib.
Hadir sama, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Timbalan Pengarah (Gerakan) KDNKA, CP Dato' Kasuahdi Hj. Ali, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), DCP Muhammad Abdul Halim dan para Pegawai Kanan PDRM.