Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Iringi Mdn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Tawau

Published: 17 Dec 2023 8.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tawau, 17 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meneruskan lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-iringi-mdn-adakan-lawatan-kerja-ke-ipd-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:14 MYT
Tawau, 17 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meneruskan lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini, semalam.

Beliau telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkaitan pemantauan projek kerajaan dan penambahbaikan kuarters IPD Tawau yang telah siap sepenuhnya pada tahun ini.

Datuk Seri Saifuddin Nasution turut berkesempatan meninjau penugasan anggota keselamatan kawasan sekitar dan prasarana di pos kawalan tersebut selain turut beramah mesra dengan warga kerja IPD Tawau yang diadakan di Dewan Terbuka.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais dan Komander Eastern Command, DCP Datuk Victor Sanjos.

Sumber: Polis Daerah Tawau

ArticlePublished 17 Dec 2023 8.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM