
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Hadir Perasmian Baitul Mahabbah Jim Papar
Papar, 15 Disember 2023 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali menghadiri Perasmian Baitul Mahabbah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah bertempat di sini, pagi tadi.
Perasmian bagi Baitul Mahabbah yang kedua itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Pembukaan Baitul Mahabbah yang mempunyai kapasiti seramai 100 orang itu bertujuan memudahkan pengurusan kanak-kanak yang ditempatkan di Depot Imigresen Sabah.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Tuan Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah, SAC Mohd Azhar Hamin.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)