Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Hadir Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Induk Pameran Dsa Dan Nastec 2024

Published: 16 Jan 2024 8.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-hadir-mesyuarat-pertama-jawatankuasa-induk-pameran-dsa-dan-nastec-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:51 MYT
Kuala Lumpur, 16 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hadir mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Pameran Defence Services Asia 2024 dan National Security Asia 2024 (DSA NATSEC Asia 2024) di Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini semalam.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman.

Pameran DSA 2024 merupakan pameran yang ke-18 dalam siri penganjurannya manakala NATSEC Asia 2024 pula adalah kali ketiga yang akan diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada 6 hingga 9 Mei 2024.

Pameran tersebut adalah melibatkan pameran statik peralatan, teknologi pertahanan, sistem persenjataan terkini untuk memenuhi keperluan pasukan pertahanan dan keselamatan dalam negara selain negara di rantau Asia Pasifik.

Pameran akan dibuka kepada pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bidang pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan dengan melibatkan 1,200 penyertaan pempamer dari 67 buah negara.

ArticlePublished 16 Jan 2024 8.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM