Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Hadir Majlis Iftar Bersama Petugas Op Wawasan

Published: 26 Apr 2022 11.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pasir Mas, 26 April 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali telah hadir ke Majlis Iftar Bersama Petugas Op Wawasan di Markas Taktikal Lubok Setol, dekat sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-hadir-majlis-iftar-bersama-petugas-op-wawasan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:10 MYT
Pasir Mas, 26 April 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali telah hadir ke Majlis Iftar Bersama Petugas Op Wawasan di Markas Taktikal Lubok Setol, dekat sini, semalam.

Dalam majlis tersebut, Dato' Sri Hazani berbesar hati menyampaikan sumbangan kuih raya kepada para petugas dari Batalion 7, 8 dan 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang diwakili oleh Pegawai Pemerintah masing-masing bagi menghargai pengorbanan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang penugasan mereka pada bulan Ramadan serta musim perayaan yang bakal menjelma.

Dalam majils yang sama, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan-rakan media yang selama ini membantu menyalurkan berita kejayaan Polis Diraja Malaysia termasuk PGA khasnya dalam menjaga keselamatan sempadan negara.

Hadir sama, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) Bukit Aman, DCP Muhammad Abdul Halim, Komander-Komander Briged PGA, para pegawai dan anggota Briged Tenggara.


May be an image of 8 people and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and military uniform

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and military uniform

May be an image of 5 people and outdoors
ArticlePublished 26 Apr 2022 11.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM