
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Adakan Lawatan Kerja Ke Kontinjen Perlis
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim telah mengadakan lawatan kerja ke Kontinjen Perlis sempena pelaksan...
Kangar, 26 Jun 2025 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim telah mengadakan lawatan kerja ke Kontinjen Perlis sempena pelaksanaan pemeriksaan balai di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 tahun 2025, di sini, pagi tadi.
Lawatan dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim di pejabat beliau bagi menandatangani buku pelawat, sebelum diteruskan dengan sesi taklimat dan pembentangan laporan pemeriksaan di Bilik Mesyuarat Utama yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Azmi sendiri.
Pemeriksaan balai telah dilaksanakan sejak 22 Jun lalu melibatkan lapan buah balai polis di tiga daerah oleh tiga kumpulan audit dengan fokus terhadap pematuhan aspek pentadbiran dan operasi seperti yang digariskan dalam PTKPN A117.
Dalam sesi pembentangan, pelbagai penemuan dan maklum balas hasil pemeriksaan dibentangkan untuk perhatian pihak pengurusan kontinjen. Sebarang kelemahan yang dikenal pasti akan diambil tindakan sewajarnya bagi memperkukuh tahap kecekapan dan profesionalisme balai-balai polis di negeri ini.
Turut hadir, barisan kepimpinan tertinggi Jabatan KDNKA Bukit Aman, ketua-ketua jabatan Kontinjen Perlis, barisan ketua polis daerah dan ketua polis balai Kontinjen Perlis.