Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Penganggur Pijak Al Quran Dan Hina Agama Islam Didakwa

Published: 18 Feb 2020 1.03 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 18 Februari 2020 - Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas dua pertuduhan memijak dan menghina al-Quran yang disiarkan secara langsung di Facebook, 13 Februari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-penganggur-pijak-al-quran-dan-hina-agama-islam-didakwa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:46 MYT

Johor Bahru, 18 Februari 2020 - Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas dua pertuduhan memijak dan menghina al-Quran yang disiarkan secara langsung di Facebook, 13 Februari lalu.

Mohd Zulkifli Ali, 33, mengangguk faham namun tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum atas dua pertuduhan yang dilakukan di lokasi dan masa sama iaitu di bilik sebuah hotel di Taman Tebrau Jaya, pada 8.40 pagi.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mencemarkan al-Quran yang suci bagi umat Islam dengan memijak niat menghina Islam.

Perbuatan itu adalah kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Zulkifli didakwa mengeluarkan kata-kata menghina Islam yang didengari oleh seorang individu dengan niat yang disengajakan iaitu melukakan perasaan keagamaannya dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 298 KK yang memperuntukkan hukuman penjara dalam tempoh boleh sampai setahun dengan denda atau kedua-duanya.

Bacaan lanjut menerusi portal Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/545773/penganggur-pijak-al-quran-dan-hina-islam-didakwa-metrotv?fbclid=IwAR20AHaSYdheIAIi5TOVxateIVocu0ca-_jDakaTxW3zqX2Z4asPwJkQugY
ArticlePublished 18 Feb 2020 1.03 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM