Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pembangunan Infrastruktur Keselamatan Negara

Diterbitkan: 05 Nov 2025 8.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Di bawah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh agenda pembangunan infrastruktur keselamatan negara secara menyeluruh dan berfasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pembangunan-infrastruktur-keselamatan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:46 MYT


Di bawah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh agenda pembangunan infrastruktur keselamatan negara secara menyeluruh dan berfasa.

Inisiatif ini menumpukan kepada naik taraf balai, Ibu Pejabat Polis Daerah, kem dan pos keselamatan di seluruh negara termasuk di kawasan sempadan, luar bandar serta zon berisiko tinggi bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan keselamatan sentiasa berada pada tahap optimum.

Langkah strategik ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan operasi Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia, malah memastikan kesejahteraan komuniti setempat terus terpelihara melalui kemudahan yang lebih moden, kondusif dan selamat.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI yang diterajui KDN untuk memastikan rakyat mendapat akses perkhidmatan yang mudah, selesa dan cekap.



May be an image of text that says 'MALAYSIA MADANI ' Pembangunan Infrastruktur Keselamatan Negara Kerajaan MADANI melalui KDN komited untuk melaksanak

Posting Pilihan Pembangunan Infrastruktur Keselamatan Negara
ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2025 8.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM