Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pemangku Pengarah Kdnka Iringi Mdn Pantau Operasi Kawalan Sempadan Malaysia Thailand

Published: 12 Apr 2026 7.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Padang Besar, 12 April 2026 - Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Fisol Salleh mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam lawatan kerja ke sempadan Malaysia–Thailand bagi meninjau serta memantau operasi kawalan sempadan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pemangku-pengarah-kdnka-iringi-mdn-pantau-operasi-kawalan-sempadan-malaysia-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT

Padang Besar, 12 April 2026 - Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Fisol Salleh mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam lawatan kerja ke sempadan Malaysia–Thailand bagi meninjau serta memantau operasi kawalan sempadan negara.

Sepanjang lawatan, beliau turut menyampaikan taklimat berkaitan tahap kesiapsiagaan anggota, langkah pemantauan serta strategi penguatkuasaan di kawasan berisiko tinggi, khususnya dalam usaha membanteras ketirisan dan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Delegasi seterusnya meninjau beberapa lokasi strategik termasuk Pos Pelabuhan Darat Perlis dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar bagi memastikan pelaksanaan operasi berjalan dengan cekap dan berkesan.

Lawatan yang diadakan mencerminkan komitmen berterusan KDNKA sebagai barisan hadapan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara melalui pemantauan rapi serta tindakan penguatkuasaan yang bersepadu.


May be an image of text that says 'MALAYSIA MADANI MADANI BEKERJA'

May be an image of helicopter

May be an image of helicopter

May be an image of helicopter

No photo description available.

ArticlePublished 12 Apr 2026 7.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM