
Artikel
Posting Pilihan Pemangku Pengarah Jsjk Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Kelantan
Kota Bharu, 15 April 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), DCP Dato' Rohaimi Md Isa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Poli...
Kota Bharu, 15 April 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), DCP Dato' Rohaimi Md Isa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan mengenai isu-isu semasa melibatkan JSJK, selain memberikan amanat dalam meningkatkan usaha membanteras kes-kes jenayah komersil di peringkat Kontinjen Kelantan.
Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kelantan, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris dan Ketua JSJK Kontinjen Kelantan, ACP Yusri Mahmud.